100 kenderaan diperiksa dalam Ops Krismas

Iklan
Antara kenderaan yang diperiksa dalam operasi tersebut.

KUALA LANGAT - Sebanyak 100 buah kenderaan pelbagai jenis diperiksa dalam Operasi Ambang Krismas selama dua hari berakhir semalam.

Ketua Polis Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, dalam operasi di KM12.5 Jalan Banting-KLIA itu, sebanyak 17 saman dikeluarkan atas kesalahan tidak memiliki lesen memandu yang sah.

Iklan
Iklan

"Secara keseluhan pihak kami telah mengeluarkan sebanyak 80 saman atas kesalahan lesen memandu (17), lesan L dan P (5), cermin sisi (5), cukai jalan (12), lampu brek (12), nombor pendaftaran (18) dan topi keledar (2)," katanya.

Antara kenderaan yang diperiksa dalam operasi tersebut.
Iklan

Mengulas lanjut mengenai operasi berkenaan, Azizan berkata pihaknya melakukan pemeriksaan secara berkala itu sebagai satu tindakan pencegahan jenayah khususnya pada musim perayaan dan cuti sekolah.

Iklan

Di samping itu, beliau turut memberi peringatakan kepada pemandu jalan raya supaya mematuhi undang-undang ditetapkan berikutan polis tidak akan berkompromi dengan sebarang kesalahan trafik atau kes jenayah.