JOHOR BAHRU - Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) melakar sejarah dalam industri perkapalan negara apabila menjadi pelabuhan pertama di Asia Tenggara menerima kunjungan kapal kontena terbesar dunia, Mediterranean Shipping Company (MSC) Gulsun.
MSC Gulsun yang berlabuh pada 27 Julai lalu merupakan kapal gergasi dengan ukuran 400 meter panjang dan 61.5 meter lebar itu mampu memuatkan sebanyak 23,756 kontena dua puluh kaki (TEU).
Pengerusi PTP merangkap Pengarah Urusan Kumpulan MMC, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh berkata, pihaknya berbesar hati kerana dapat menjadi salah satu destinasi dalam pelayaran sulung kapal berkenaan ke rantau ini.
Menurutnya, kunjungan terbabit juga sekali gus mencerminkan kepercayaan kukuh dalam kalangan syarikat-syarikat kapal kontena antarabangsa terhadap keupayaan dan komitmen PTP dalam memenuhi keperluan pelanggannya.
"Sebagai pelabuhan dan pengendali logistik utama Malaysia, kami berbangga dengan keupayaan PTP dalam memahami keperluan pelanggan selain ketangkasannya dalam menyesuaikan diri dengan perubahan industri untuk terus maju ke hadapan.
"Kami akan terus mengukuhkan daya niaga dan menambah baik kecekapan operasi sedia, sekali gus terus komited dalam memberikan nilai pulangan lebih tinggi kepada pihak-pihak berkepentingan kami," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Che Khalib berkata, PTP juga memperoleh pencapaian tertingginya menerusi kunjungan kapal berkenaan apabila mencipta rekod dan menjadi pelabuhan pertama dalam dunia yang memecahkan rekod melepaskan kapal bersama muatan tertinggi.
Perkara itu dilihat apabila MSC Gulsun meninggalkan pelabuhan PTP dengan jumlah rekod kontena sebanyak 19,574 TEU, sekali gus melepasi rekod jumlah kendalian sebanyak 19,284 TEU dicapai kapal Maersk Monaco pada Jun lepas.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PTP, Marco Neelsen berkata, pengalaman menguruskan kapal bersaiz mega berkenaan adalah sesuatu yang luar biasa dan bukan semua pelabuhan boleh melakukannya.
"PTP mempunyai kapasiti dan keupayaan untuk menampung kapal dengan ukuran mega kerana ia dilengkapi dengan kemudahan serta peralatan terkini.
"Ia juga direka untuk menerima kapal kontena generasi terkini malah boleh mengendalikan kontena dengan jumlah yang banyak," katanya.
Untuk rekod, sebelum berlabuh di PTP, MSC Gulsun juga sudah mengunjungi Pelabuhan Yantian, China dan kini dalam pelayaran menuju ke pelabuhan, seterusnya di Algeciras, Sepanyol.