Polis buru bapa rogol anak kandung

Iklan
Gambar hiasan

KAJANG - Polis kini memburu seorang lelaki berusia 39 tahun yang disyaki merogol anak gadisnya sejak remaja itu berusia tujuh tahun di Taman Minang Ria, Batu 9 Cheras di sini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, perkara itu terbongkar selepas mangsa yang berusia 13 tahun membuat laporan polis pada 25 Julai lalu.

Iklan
Iklan

"Mangsa mendakwa pada mulanya suspek hanya bertindak meraba badan mangsa sehinggalah berumur 13 tahun.

"Namun suspek dikatakan semakin berani dengan merogol mangsa sebanyak 3 kali seminggu. Mangsa tidak tahan dengan sikap suspek dan telah mendapatkan bantuan dengan memberitahu gurunya di sekolah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Ahmad Dzaffir berkata, mangsa juga mendakwa diugut oleh suspek untuk berdiam diri dan sekiranya mangsa membocorkan perkara itu kepada ibunya, suspek mengugut akan memukul ibu mangsa.

"Ekoran itu mangsa bertindak mendiamkan diri.

Iklan

"Mangsa telah dibawa ke hospital dan pihak hospital mengesahkan terdapat kesan koyakan pada bahagian 'hymen' (selaput dara) mangsa dan juga kesan lecet. Mangsa dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut," katanya.

Ahmad Dzaffir berkata, selepas laporan dibuat, suspek telah melarikan diri dan polis masih mengesannya.

Katanya, orang ramai boleh menyalurkan maklumat kepada pihak polis di balai-balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat, Inspektor Noorlaila Kairudin di talian 019-2299906.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan (sumbang mahram)," katanya.