Veteran UMNO Kelantan ditetak: Polis teliti CCTV buru dua lelaki

Iklan
Kamaruddin Abdullah mendapat rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

KOTA BHARU - Polis meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi menjejaki dua lelaki untuk membantu siasatan kes tetak dan kelar Timbalan Pengerusi Veteran UMNO Kelantan, Datuk Kamaruddin Abdullah, 66, di hadapan kedai makan di Jalan Tengku Chik, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, pihaknya akan meneliti beberapa rakaman CCTV di sekitar bangunan tempat berlaku kejadian.

Iklan
Iklan

"Siasatan kes masih berjalan dan polis akan merakam keterangan mangsa bagi mengetahui lebih lanjut berhubung kejadian itu.

"Setakat ini, polis masih menunggu keadaan mangsa sedikit pulih memandangkan dia masih lemah kerana kejadian tersebut,” katanya kepada kepada pemberita hari ini.

Iklan
Abdul Rahim Daud

Sinar Harian semalam melaporkan Timbalan Pengerusi Veteran UMNO Kelantan, Datuk Kamaruddin Abdullah cedera parah di kepala, belakang badan dan rusuk kanan selepas ditetak dan dikelar dua lelaki di hadapan kedai makan di Jalan Tengku Chik, di sini semalam.

Kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas mangsa selesai minum di kedai tersebut bersama rakannya.

Iklan

Mangsa dibantu rakan yang menghantarnya ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini untuk rawatan.

Beliau berkata, mangsa dipercayai diserang dengan menggunakan senjata tajam hingga menyebabkan kecederaan parah di badan dan kepala.

"Kes masih dalam siasatan lanjut mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN Veteran UMNO Kelantan cedera dikelar, ditetak