Hina Nabi: PH serah kepada polis

Iklan
Abu Bakar

KOTA BHARU - Pemimpin Pakatan Harapan (PH) bukan berdiam diri sebagaimana disifatkan segelintir pihak, sebaliknya menyerahkan isu penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW kepada pihak polis.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Abu Bakar Yahya berkata, setelah menerima laporan, pihak berkuasa bertanggungjawab untuk menyiasat perkara tersebut.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, pihaknya yakin dengan kredibiliti polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

"Paling penting perkara ini disiasat, hadap pesalah ke mahkamah dan kita juga mahu tahu, apa tujuan individu itu bertindak sedemikian,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Iklan

Mengulas lanjut, Abu Bakar yang juga Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri berkata, isu penghinaan terhadap agama Islam kian disensasikan sejak kebelakangan ini berpunca kerana tiada perpaduan dalam kalangan umat Islam.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan pihak berkenaan begitu berani menimbulkan kemarahan penganut beragama Islam di negara ini.

Iklan

Setakat tiga hari lalu, sebanyak 483 laporan polis dibuat di seluruh negara berhubung kenyataan berbentuk penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW yang dibuat oleh pemilik akaun Wendy Loong di laman Facebook Kiub Batu Itu Berhala.

Hasil siasatan awal, pihak polis mendapati kiriman yang dibuat oleh Wendy Loong sudah dipadamkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Hina Nabi: Pas kecewa pemimpin Islam PH berdiam diri

Terdahulu, pemimpin Pas meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir pemimpin Islam PH yang mengambil sikap berdiam diri terhadap isu tersebut.

Yang Dipertua Pas Kawasan Hulu Selangor, Mohd Hasnizan Harun berkata, situasi itu menunjukkan pemimpin berkenaan cuba menjaga hati dan takut kepada rakan mereka terutama DAP.

Menurutnya, isu tersebut tidak mempunyai kaitan dengan politik sebaliknya melibatkan umat Islam kerana menyentuh sensitiviti agama.