UMNO Selangor sokong Mahathir kekal PM

Iklan
ABD RAHMAN

SABAK BERNAM - UMNO Selangor memberi sokongan terhadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengekalkan perkhidmatannya sehingga tamat tempoh satu penggal.

Ketua penerangannya, Datuk Dr Abd Rahman Bakri berkata, perdana menteri seharusnya diberi peluang meneruskan kepimpinan yang ada untuk melunaskan semua janji dalam manifesto pilihan raya Pakatan Harapan (PH).

Iklan
Iklan

"Ini amat penting supaya rakyat dapat menilai dan melihat apa yang dijanjikan itu dapat ditunaikan ataupun tidak ataupun mungkin perdana menteri mempunyai perancangan beliau sendiri," katanya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa mendakwa, tiada pemimpin dalam PH layak menggantikan Mahathir sebagai perdana menteri.

Iklan

Beliau berkata, selain Mahathir, tiada pengganti dalam PH yang boleh membawa Malaysia kepada keadaan lebih baik.

Terdahulu, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengalu-alukan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menegaskan pendirian Pas dan UMNO untuk memberikan sokongan penuh kepada Mahathir sehingga akhir penggal.

Iklan

Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan, pendirian tersebut seiring pandangan pernah dilontarkannya supaya usaha mengembalikan kegemilangan negara dapat direalisasikan segera.

ARTIKEL BERKAITAN: Azmin sokong Tun M jadi PM hingga akhir penggal