Warkah dari Cordova: Mujahid seronok baca komen netizen

Iklan

SHAH ALAM - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof terhibur dengan komen netizen terhadap ‘Warkah dari Cordova untuk Nurul Izzah’ yang ditulisnya semalam.

Beliau yang berada di Cordova pada ketika ini berkata, ternyata istilah ‘kekanda’ dan ‘adinda’ menarik perhatian ramai.

Iklan
Iklan

"Seronok saya membaca komen-komen berkisar warkah saya kepada Nurul Izzah Anwar. Saya sengaja memilih lenggok bahasa begitu untuk menyampaikan mesej saya kali ini.

"Ternyata istilah kekanda adinda lebih menarik perhatian semua. Terima kasih atas teguran semua,” katanya melalui Facebooknya, hari ini.

Iklan

Dalam hantaan sama, Mujahid mahu semua membaca warkahnya itu dan menghayati setiap isi kandungan yang diberikan kepada anak Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Namun saya mohon dibaca serta dihayati isi kandungannya. Mungkin berguna buat generasi muda yang melalui liku-liku politik dalaman sama seperti yang saya pernah lalui. #warkahdaricordova,” katanya.

Iklan

Semalam, Mujahid yang dalam perjalanan dari Cordova ke Madrid, Sepanyol menulis surat terbuka kepada Nurul Izzah di Facebook miliknya.

Dalam warkah 25 perenggan itu, Mujahid membahasakan dirinya sebagai kekanda, manakala memanggil Nurul Izzah sebagai adinda.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak antara yang menyindir kandungan warkah berkenaan.

Najib menyindir Mujahid yang dikatakan tidak boleh tidur kerana bimbangkan keadaan Nurul Izzah, susulan keputusannya meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden PKR dan Pengerusi PKR Pulau Pinang.

Beliau menyifatkan petikan ayat;"Kekanda tidak boleh tidur kerana bimbangkan keadaan adinda" dalam warkah itu sebagai drama.