Johor ucap tahniah, selamat sempena pertabalan Agong

Iklan
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah secara rasminya dipasang sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 dalam majlis yang mulia sejajar dengan kemegahan monarki perlembagaan Malaysia di Balairung Seri (Throne Room) Istana Negara hari ini. Foto: Bernama

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor mengucapkan tahniah dan selamat kepada Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, hari ini.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal dalam dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Iklan
Iklan

"Merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi kasih atas pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-XVI.

"Patik juga merafak sembah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj sebagai Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Dr Sahruddin berkata, seluruh warga Kerajaan Johor turut mendoakan pemimpin berkenaan dan permaisurinya sentiasa berada dalam peliharaan ALLAH SWT.

"Seluruh warga kerajaan dan rakyat Johor berharap Tuanku dan Permaisuri bersemayam di atas takhta kebesaran dengan segala kedaulatan, kerahmatan serta kebesaran.

Iklan

"Semoga Tuanku dapat menaungi rakyat jelata berbilang kaum dengan penuh keadilan dan saksama,” katanya.

Hari ini, Sultan Abdullah ditabalkan secara rasmi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 dalam istiadat yang berlangsung penuh tradisi dan adat raja-raja Melayu di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Istiadat gilang-gemilang yang mengangkat kedaulatan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua tertinggi negara itu bermula jam 10.45 pagi sebaik Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat masuk ke Balairung Seri, Istana Negara bagi memulakan istiadat.