Stesen minyak dipecah masuk, rugi RM80,000

Iklan
Keadaan bahagian dalam Pam minyak yang berselerak.

JEMPOL - Pemilik sebuah stesen minyak di Ladang Geddes di sini mengalami kerugian hampir RM80,000 termasuk wang tunai RM60,000 yang dilarikan penjenayah selepas dipecah masuk semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Muhd Nurhishamuddin Hashim berkata, mangsa berusia 49 tahun, dimaklumkan akan kejadian itu oleh pekerjanya lebih kurang jam 6 pagi selepas mendapati keadaan dalam pam minyak berselerak.

Iklan
Iklan

"Hasil pemeriksaan, mangsa mendapati pintu pejabat yang dikunci menggunakan mangga dan penggera keselamatan yang dipasang pada pintu telah dipotong.

"Peti besi mengandungi wang dan peti wang juruwang juga didapati telah ditebuk. Selain itu stok rokok pelbagai jenama dengan jumlah tidak pasti yang disimpan di dalam pejabat juga hilang," katanya selepas mengesahkan kejadian hari ini.

Iklan

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati dua unit dekorder kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di bahagian kaunter dan bahagian dalam pejabat telah dilarikan menjadikan kerugian lebih kurang RM80,000.

"Kejadian seperti ini baru pertama kali berlaku sejak 12 tahun ia dibuka.

Iklan

"Pengawal keselamatan yang merupakan penduduk kampung yang diupah mangsa telah bekerja sejak 12 tahun lalu. Bagaimanapun, dia mendakwa tidak mendengar sebarang bunyi bising ketika bertugas selain duduk di lokasi berhampiran pam minyak.

"Wang tunai yang hilang merupakan hasil jualan untuk empat hari. Semua wang akan disimpan di dalam peti besi sebelum diambil dan sebahagian wang akan ditinggalkan di dalam peti besi.

"Hasil siasatan di lokasi, kesan cap jari berjaya ditimbulkan dan siasatan masih diteruskan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan," katanya.