Warga emas hilang ditemukan terapung di sungai

Iklan
Mayat Idris dibawa ke jeti dan dihantar ke Hospital Gua Musang untuk tindakn lanjut

GUA MUSANG - Misteri kehilangan warga emas sejak Sabtu lalu terungkai apabila mayat mangsa ditemukan terapung di Sungai Lebir, tengah hari ini.

Mayat mangsa, Idris Che Din, 81, dari Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Lebir, ditemukan penduduk kampung di tengah sungai.

Iklan
Iklan

Ketua operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Alias Dollah berkata, operasi menjejaki mangsa mengambil masa satu jam 15 minit dengan memasuki kawasan ladang dan hutan.

Katanya, pasukan penyelamat tiba di kawasan penemuan dan mangsa disahkan sudah meninggal dunia.

Iklan

"Anggota bertindak mengangkat mangsa dengan dibantu polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk dihantar ke jeti berhampiran penempatan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Gua Musang, Superintendan Mohd Taufik Maidin mengesahkan kejadian dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk tindakan lanjut.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Anak bimbang bapa tak pulang rumah