Kerajaan lulus premis judi di Pokok Sena?

Iklan
Premis nombor ramalan yang didakwa akan dibuka di Taman Angsana, Pokok Sena hingga mencetuskan kontroversi.

ALOR SETAR - Parti Amanah Negara (Amanah) Pokok Sena membantah usaha pihak tertentu untuk membuka premis nombor ramalan di Taman Angsana.

Ketuanya, Umar Awang berkata, bantahan tersebut sudah dipanjangkan kepada Kementerian Kewangan dan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) sebaik menerima maklumat pada Ahad lalu.

Iklan
Iklan

"Pihak Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa tiada lesen baharu untuk pembukaan premis nombor ramalan dikeluarkan sejak 1990.

"Premis nombor ramalan itu sebenarnya adalah perubahan lokasi dari Jalan Pegawai, Alor Setar ke Taman Angsana, Pokok Sena," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Beliau berkata, pihaknya dimaklumkan pengurusan MBAS akan mengambil langkah yang wajar bagi memastikan supaya premis itu tidak beroperasi.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, pihak berkenaan perlu mengambil tindakan segera demi memastikan pembukaan premis nombor ramalan itu ditangguhkan sehingga segala perkara berkaitan diperbetulkan terlebih dahulu.

Iklan

Menurutnya, pihaknya mendapati bahawa ia bukannya lesen baharu yang diluluskan Kementerian Kewangan, namun sebelum ini mendapat sokongan dua agensi dan diluluskan untuk berpindah ke lokasi berkenaan.

"Perkara berkenaan dipercayai akan dibetulkan semula selepas mendengar bantahan dan pandangan penduduk berhubung isu terbabit.

"Bagaimanapun saya difahamkan premis itu tidak akan dibenarkan beroperasi apabila lesen kebenaran premis dan iklannya ditarik balik selepas beberapa prosedur dilakukan," katanya.