Fasha tak pernah lupa cari kelemahan diri

Iklan
Pelakon, Fasha Sandha

MESKIPUN sudah sedekad lebih bergelar pelakon, namun aktres berbakat besar Fasha Sandha tidak pernah melupakan untuk mencari kelemahan diri sendiri dalam setiap lakonannya.

Menurut pelakon berusia 35 tahun itu, bukan dirinya sahaja, malah para pelakon lain juga akan melakukan perkara yang sama.

Iklan
Iklan

"Saya memang tidak akan pernah lupa untuk mencari kelemahan diri sendiri apabila menonton semula lakonan sendiri.

"Adalah beberapa dari segi teknik lakonan tu. Cuma saya simpan dalam diri sendiri sahaja.

Iklan

"Malah setiap pelakon juga begitu akan mencari kelemahan diri sendiri bila berlakon.

"Hal ini kerana, saya dapat memperbaiki untuk lakonan seterusnya nanti,” jelasnya biarpun pengarah sudah berpuas hati.

Iklan
Pelakon, Fasha Sandha

Fasha ditemui pada sidang media majlis pra-tonton filem televisyen Suatukala: Timun Mas & Ijo di Luxe Hall, TGV One Utama, Petaling Jaya.

Mengenai pembabitannya sebagai Mak Andeh menerusi arahan Shamyl Othman, Fasha menganggap ia bukanlah suatu perkara yang musah untuk menjayakan.

"Susah sebenarnya sebab bukan karakter diri sendiri. Contohnya, saya kena buat kekok dan tak suka nak pegang bayi meskipun saya sudah biasa pegang cara bayi kecil dengan betul.

"Tapi saya bersyukur sebab pengarah banyak membantu,” katanya kepada Sinar Harian.

Selain Fasha, antara barisan lain terdiri daripada Prisia Nasution, Fikry Kiki, Kishok Kumar dan Vanka.

Saksikan FTV itu bermula 1 Ogos 2019 di Astro First Eksklusif saluran 480 dan platform digital, On Demand.