Indonesia hantar pulang tujuh kontena sampah ke HK, Perancis

Iklan
Sisa sampah di Indonesia yang didakwa turut mengandungi bahan berbahaya dan melanggar peraturan import.

JAKARTA - Indonesia telah menghantar pulang tujuh kontena sisa sampah import secara haram ke Perancis dan Hong Kong, menurut pihak berkuasa, hari ini.

Menurut pegawai kastam di Pulau Batam berhampiran Singapura, kontena tersebut mengandungi sisa plastik dan bahan berbahaya yang melanggar peraturan import.

Iklan
Iklan

"Kesemua kontena tersebut dihantar semula semalam dan turut disaksikan beberapa pegawai kami,” kata Ketua Pegawai Kastam Tempatan, Susila Brata.

Terdahulu, jurucakap kastam, Sumarna berkata, lima kontena dikembalikan semula ke Hong Kong manakala dua lagi dihantar pulang ke Perancis.

Iklan

Difahamkan, pihak berkuasa masih menunggu kebenaran untuk memulangkan 42 kontena sisa sampah lain ke Amerika Syarikat, Australia dan Jerman.

Sejak beberapa bulan lalu, Jakarta telah meningkatkan pemantauan terhadap import sisa sampah sebagai sebahagian daripada langkah untuk mengelakkan negara itu menjadi lubuk sampah negara asing.

Iklan

Keputusan China mengenakan peraturan baharu terhadap import sisa sampah dari negara luar pada tahun lalu juga menjadi punca negara di Asia Tenggara menjadi ‘destinasi lubuk sampah’ baharu. - AFP