BERITA penyanyi kumpulan Wings dan pelakon terkenal, Datuk Awie yang jatuh sakit dan kini dirawat di hospital Ampang Puteri selepas mengadu sukar untuk bernafas mendapat perhatian ramai pihak.
Menerusi laman Instagram penceramah popular, Ustaz Ebit Lew yang telah menziarahi Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman.
Katanya, menzahirkan rasa sebak kerana Awie mampu tersenyum ketika menerima kunjungan meskipun mengetahui kondisinya tidak begitu memuaskan.
"Walau sedang sakit di wad, beliau masih memberi senyuman dan begitu baik rindukan nasihat yang baik.
"Difahamkan, beliau baru balik program motor jelajah 30 masjid di utara dan juga baru balik umrah. Beliau beri sumbangan di setiap masjid yang beliau pergi," katanya atau nama sebenar Ebit Irawan Ibrahim Lew.
Memang benar, ALLAH SWT menyayangi Awie kerana memberi ujian dan pada masa sama masih memiliki keazaman untuk terus melakukan kerja dakwah.
"Beliau sangat lembut hatinya dan baik orangnya. Pohon doakan beliau cepat sembuh.
"Sembuhkanlah beliau dan berilah keberkatan dalam hidupnya serta pilihlahnya jadi seperti Matahari hidayah," katanya.
Sementara itu, Ebit Lew sempat menghadiahkan sebuah buku 11 amalan kekayaan kepada Awie agar terus tabah menghadapi dugaan.
Turut mendoakan kesejahteraan Awie, netizen, wanzu_fitmama dan berharap agar beliau dapat meneruskan dakwah dengan membantu lebih ramai orang memerlukan.
Pada Isnin, Awie menerusi Instagramnya memohon maaf kerana tidak dapat memenuhi persembahan bersama Dragon Malaya di Pesta Pulau Pinang.
Tambahnya, beliau memerlukan rehat pada ketika ini.