Produktiviti pekerja dan cuti umum di Malaysia

Iklan
Gambar hiasan

DALAM seminggu, kita akan diberi rehat hujung minggu selama dua hari cuti. Kalau sebulan ada empat minggu, dapatlah lapan hari untuk berehat.

Bagi murid, mereka akan dapat cuti bila tibanya cuti penggal dan cuti hujung tahun. Bagi pekerja pula mereka boleh mohon cuti tahunan mengikut peraturan yang ditetapkan kerajaan dan syarikat.

Iklan
Iklan

Selain cuti hujung minggu dan cuti tahunan, paling seronok apabila ditambah pula cuti umum. Negara kita barangkali menjadi negara di dunia yang paling banyak mempunyai cuti umum.

Lebih menarik lagi, cuti umum ini pula ada pelbagai nama. Ada diberi nama cuti peristiwa, cuti ehsan dan kadangkala dapat cuti ganti pula bila cuti umum jatuh pada hujung minggu.

Iklan

Kita sebenarnya bertuah.

Disebabkan Malaysia mempunyai pelbagai perayaan mengikut kaum dan agama serta hari-hari kebesaran lain, maka terkumpullah begitu banyak cuti sepanjang tahun.

Iklan

Namun ada juga orang yang tidak suka cuti. Antara golongan itu sudah tentunya majikan.

Itulah sebab kenapa berlakunya baru-baru ini sebuah syarikat di Johor Bahru tidak ingin menutup operasinya pada Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Bagaimanapun, syarikat itu akhirnya menarik balik arahan itu bagi mematuhi keputusan yang dibuat kerajaan.

Memang benar kita ada banyak cuti dan mungkin boleh menjejaskan produktiviti, tetapi masa untuk rehat dan bersama ahli keluara juga tidak kurang pentingnya.

Biarlah bila waktu bekerja, kita bekerja dengan bersungguh-sungguh. Bila ada masa rehat, rehatlah secukupnya kerana kesihatan perlu diutamakan.

Negara kita barangkali terkenal antara negara yang mempunyai cuti umum paling banyak di dunia, yang penting produktiviti kita tidak terjejas.

Kita tidak mahu disenaraikan sebagai warga pekerja paling malas sebaliknya paling gembira di dunia.