Baru habis pantang, curi kelengkapan bayi

Iklan
Tertuduh (tengah) keluar dari mahkamah menuju ke lokap sementara menunggu jaminan dijelaskan.

KOTA BHARU - Seorang ibu muda yang baharu 46 hari bersalin menangis teresak-esak di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, kerana didakwa mencuri barangan kelengkapan bayi dan wanita bernilai RM5,686,95.

Dakwaan terhadap tertuduh, Nur Amirah Daud Latfi, 29, dibuat di hadapan Majistret, Izuddin Mohd Syukri.

Iklan
Iklan

Di mahkamah itu, tertuduh menangis menyebabkan prosiding pertama ditangguhkan sebelum pertuduhan dibacakan semula pada kali kedua dan dia mengaku tidak salah.

Ibu kepada bayi perempuan itu didakwa mencuri 95 barangan termasuk alatan pengewapan botol susu berjenama Avent di Pasar Raya Aeon Mall, Lembah Sireh, di sini, pada jam 5.30 petang, 21 Disember lalu.

Iklan
Iklan

Kes ditetapkan 24 Januari depan untuk sebutan semula kes.