BERA - Sebuah kedai perabot tiga pintu musnah dalam kebakaran di Simpang Bukit Mendi, Triang, malam tadi.
Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan berkata, turut terbakar sebuah kedai makan dan kedai bengkel yang mengalami kerosakan hampir 20 peratus.