MBM lancar tabung kemanusiaan untuk Banten

Iklan
MBM

SHAH ALAM - Maljis Belia Malaysia (MBM) melancarkan tabung kemanusiaan bagi membantu mangsa tsunami yang melanda Anyer, Banten di Indonesia.

Timbalan Presidennya, Muhammad Fadzli Hassan berkata, bencana yang melanda kawasan tersebut telah mengorbankan 400 nyawa setakat ini dan beribu lagi kehilangan tempat berteduh.

Iklan
Iklan

"Tahun 2018 banyak memberi ujian kepada saudara kita di Indonesia dengan beberapa kejadian gempa bumi dan tsunami. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, semoga keluarga dan mangsa yang terjejas terus tabah dengan ujian yang diberikan yang Maha Kuasa.

"Sesungguhnya semua di kalangan kita turut diuji dalam melayari kehidupan namun, pastinya ujian yang dihadapi oleh mereka jauh lebih besar. Ini menuntut kita di Malaysia untuk lebih bersyukur kerana tidak menerima ujian bencana sebesar begitu," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Iklan

Pada 22 Disember lalu, pantai barat wilayah Banten, Anyer, yang terletak di pesisir Selat Sunda, dilanda gelombang air setinggi tiga meter jam 9.27 malam waktu tempatan

Pada mulanya hanya disifatkan sebagai fenomena air pasang besar akibat bulan penuh.

Iklan

Bagaimanapun ia disahkan sebagai tsunami oleh Ketua Pusat Data dan Informasi Badan Bencana Nasional Indonesia (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho.

Menurut Muhammad Fadzli, rakyat negara ini yang prihatin boleh menyumbang ke akaun Maybank 564025403782, Tabung Kemanusiaan Majlis Belia Malaysia.

"Tarikh tutup sumbangan pada 31 Disember 2018. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Hazrul Hafizi Abd Halim, Ahli Jawatankuasa Kerja MBM di talian 017-5855563.