Bersatu Selangor gesa semua ADUN, MP sokong Dr Mahathir

Iklan
Sallehudin Amiruddin(tengah) bersama ADUN Bersatu Selangor pada sidang media di Bangunan Dewan Undangan Negeri Selangor di sini.

SHAH ALAM- Bersatu Selangor menggesa semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen agar berdiri teguh di belakang kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perkara tersebut diungkapkan oleh lima ADUN Bersatu di negeri ini; Harumaini Omar (Batang Kali), Mohd Shaid Rosli (Jeram), Sallehudin Amiruddin (Kuang), Datuk Abdul Rashid Asari (Selat Klang) dan Adhif Syan Abdullah (Dengkil) agar tiada sebarang desakan untuk Dr Mahathir melepaskan jawatan ketika ini.

Ketua Penerangan Bersatu Selangor Sallehudin Amiruddin berkata, Dr Mahathir harus diberi ruang yang sebaiknya untuk melaksanakan tugasnya.

Iklan
Iklan

"Dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi ketika peralihan kuasa, wajar Tun diberikan peluang menguruskan negara dengan sebaiknya dan kami merasakan tidak sepatutnya ada sebarang desakan untuk beliau melepaskan jawatan.

"Justeru itu, kami menyambut baik dan menyokong jawatan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia hingga akhir penggal ke 14," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian pada sidang media di Bangunan Dewan Undangan Negeri Selangor di sini.

Menurutnya, apa yang diungkap pihaknya ini adalah susulan daripada kenyataan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, pada 29 Julai lalu, juga terhadap pendirian sama yang di lontarkan oleh UMNO dan Pas baru baru ini.

Iklan

"Salah satu objektif demokrasi, selain dari mempertahankan hak individu ke arah keadilan sosial, ialah memastikan kesinambungan sesebuah negara dapat diteruskan secara tuntas dan efisien.

"Sejak transisi kerajaan persekutuan pada PRU14, Dr Mahathir telah berjaya mengembalikan Malaysia ke landasan yang betul di samping menaikkan semula imej negara di persada politik antarabangsa," katanya.

Jelasnya, di bawah kepimpinan Tun, keyakinan pelabur dan rakyat kembali teguh melalui ketelusan dan kemantapan konsep"shared prosperity” kerajaan sekarang.

"Justeru, Selangor tidak nampak keperluan untuk Tun berundur sebelum misi membina semula negara yang diterajui oleh beliau ini diselesaikan dengan sempurna," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN Azmin sokong Tun M jadi PM hingga akhir penggal