Tapak sembahyang tanpa kebenaran, penduduk perlu akur arahan

Iklan
Fahmi mengadakan pertemuan bersama pihak terlibat dengan DBKL dan polis

KUALA LUMPUR - Tindakan sepasang suami isteri membina tapak tempat ibadat tanpa kebenaran di belakang Blok 100, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai, Pantai Dalam di sini mendapat perhatian Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil.

Fahmi yang menerima maklumat berhubung kes itu sejak beberapa hari lalu bertindak menyelesaikannya sebelum isu menjadi lebih besar.

Iklan
Iklan

Satu pertemuan bersama pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan PDRM bersama-sama pasangan tersebut dibuat hari ini.

"Pasangan ini memaklumkan mereka membuat tapak sembahyang itu kerana fikir ia sebagai keperluan setelah mendapat ‘tanda’ melalui mimpi dan mahu membuat tangga untuk kemudahan orang lain termasuk warga emas yang mahu gunakan sebagai tempat sembahyang.

Iklan

"Perbincangan telah dibuat dengan mereka melalui pertemuan itu dan kami menerangkan setiap perkara perlu mengikut peraturan ditetapkan pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Mereka akhirnya akur dan setuju untuk menutup struktur atas atas tanah rezab KTM itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Fahmi bekata, akan terus mengambil maklum perkembangan perkara itu sehingga selesai.

Iklan

"Saya pohon warga Lembah Pantai terutama di PPR Seri Pantai dan PPR Kampung Limau bersabar, mengikuti arahan pihak berkuasa serta sentiasa mematuhi undang-undang,” katanya.