Kerajaan sedia kaji benarkan warga emas potong giliran haji

Iklan
Fuziah Salleh

KUALA LUMPUR - Warga emas mungkin dibolehkan memotong giliran untuk menunaikan haji lebih awal daripada jadual asal pada masa hadapan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh menjelaskan buat masa ini perkara itu belum diletakkan sebagai dasar Lembaga Tabung Haji (TH).

Iklan
Iklan

"Setakat ini (perkara yang) sedang dikaji adalah bagaimana nak kurangkan tempoh menunggu, antara perkara dilaksanakan ialah menghentikan pendaftaran haji kali kedua, itu juga boleh memendekkan tempoh menunggu.

"Tetapi untuk warga emas, potong giliran itu belum diletakkan sebagai dasar dalam Tabung Haji, namun boleh dikaji sebagai dasar-dasar pada masa hadapan,” katanya pada sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan di Dewan Negara hari ini.

Iklan

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada celahan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri S. A. Vigneswaran yang ingin tahu sama ada perkara berkenaan merupakan satu dasar dipraktikkan TH.

Vigneswaran mencelah susulan soalan tambahan Senator Datin Rahimah Mahamad yang mahu tahu gerak kerja kerajaan dalam mengutamakan warga emas untuk mengerjakan haji.

Iklan

Fuziah menarik perhatian senator itu bahawa tempoh menunggu giliran haji sentiasa meningkat setiap masa, dengan tempoh menunggu terkini adalah 120 tahun bagi mereka yang berdaftar dengan TH pada bulan ini.

Justeru, katanya, fokus kerajaan pada masa ini adalah mencari jalan untuk memendekkan tempoh menunggu giliran haji termasuk dengan memohon kuota tambahan setiap tahun. -Bernama