Periuk api ragut 32 nyawa di Afghanistan

Iklan

KABUL - Puluhan penumpang kebanyakannya wanita dan kanak-kanak terbunuh di barat Afghanistan hari ini apabila bas dinaiki mereka terlanggar periuk api.

Insiden itu berlaku sehari selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, orang awam terbunuh dan cedera ketika negara itu sedang bersiap-sedia menghadapi Pilihan Raya Presiden.

Iklan
Iklan

Jurucakap Presiden Ashraf Ghani, Sediq Sediqqi mendakwa pejuang Taliban bertanggungjawab menanam bom berkenaan.

"Sebuah bas penumpang dalam perjalanan di lebuh raya Kandahar-Herat terkena bom yang baru ditanam Taliban di tepi jalan.

Iklan

"Bom itu menyasarkan pasukan keselamatan Afghanistan dan pasukan asing,” kata jurucakap polis wilayah Farah, Muhibullah Mohib.

Katanya, mangsa yang cedera dalam keadaan kritikal dan angka kematian mungkin meningkat dari semasa ke semasa.

Iklan

Setakat ini, Taliban tidak memberi sebarang komen atau mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu. - AFP