SHAH ALAM - Sebuah kilang yang beroperasi di Klang bertindak melarang pekerja Islam di syarikatnya daripada menunaikan ibadat solat.
Tindakan kilang yang beroperasi di Taman Perindutrian Sungai Kapar itu dibuat melalui sepucuk memo bertarikh 30 Julai yang kini tular di media sosial.
Iklan
Iklan
"Pihak pengurusan ingin memaklumkan kepada semua pekerja bahawa tidak dibenarkan pergi solat pada waktu bekerja kecuali pada waktu makan tengah hari sahaja.
"Dengan serta-merta jika didapati melanggar arahan, akan dikenakan denda sebanyak RM500 untuk setiap kali kesalahan," kata pihak syarikat dalam memo itu.