Geng basikal lajak diangkut ke balai

Iklan
Kanak-kanak dan remaja terbabit dengan basikal lajamasing-masing. Gambar kecil: Shahnaz

Basikal lajak

YAN - Sekumpulan kanak-kanak dan remaja yang menunggang basikal lajak diserbu ketika sedang leka menunjukkan aksi lagak di atas jalan raya di Titi Hayun, semalam.

Ketua Polis Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, polis menerima panggilan daripada orang awam kira-kira 12 tengah hari berhubung sekumpulan kanak-kanak bermain 50 buah basikal.

Iklan
Iklan

"Sejurus tiba, kita mendapati mereka yang menaiki basikal lajak terdiri daripada lingkungan umur 12 hingga 20 tahun.

"Pihak polis hanya berjaya menahan lebih 10 buah basikal lajak bersama penunggang manakala selebihnya berjaya melarikan diri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Menurut Shahnaz, hasil siasatan mendapati mereka yang ditahan datang daripada daerah Gurun, Sungai Tiang, Mukim Ayer Puteh dan juga Merbok yang jauhnya lebih 35 kilometer.

"Kesemua basikal tersebut telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Yan manakala waris mereka turut dipanggil.

Iklan

"Basikal lajak tersebut disita dan akan diserahkan kepada pemilik hanya apabila pemilik membawa bersama peralatan standard atau asal dan dipasang semula kepada basikal tersebut seperti handle bar standard, fork standard dan juga brek depan dan belakang," katanya.

Tambah Shahnaz, ibu bapa seharusnya lebih peka akan kegiatan anak-anak terutama melibatkan mereka yang bawah umur.