PM sahkan ada bertemu pemimpin pembangkang

Iklan
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang media selepas mempengerusikan Persidangan Meja Bulat Bersama Komuniti Dewan Perniagaan Antarabangsa di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan sudah bertemu dengan beberapa pemimpin daripada parti UMNO, Pas dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) pembangkang Selasa lalu.

Menurutnya, sebarang pertemuan dilakukan dengan semua pihak bukan hanya dari pemimpin politik pembangkang malah, badan bukan kerajaan (NGO).

Iklan
Iklan

"Mereka (pemimpin pembangkang) datang daripada pelbagai parti termasuk Pas, UMNO dan dari Sarawak mahu berjumpa saya, saya terima untuk berjumpa. Saya dengar apa mereka mahu kata.

"Bila mereka luahkan sokongan kepada saya, saya berterima kasih,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Iklan

Hari ini media tempatan melaporkan bahawa terdapat sumber mengatakan sekumpulan pemimpin pembangkang membuat pertemuan dengan Dr Mahathir pada malam Selasa lalu untuk memberi sokongan supaya beliau memegang jawatan sebagai Perdana Menteri sehingga akhir penggal.

Ketika diminta mengulas mengenai sokongan Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang terhadap dirinya dalam isu sama, Dr Mahathir menyifatkan ia bukan perkara baharu.

Iklan

"Seperti yang anda tahu, Presiden Pas seringkali menyatakan bahawa beliau menyokong saya. Ini bukan perkara baharu,” katanya.

Jelas Dr Mahathir, beliau masih memegang pada janji untuk menyerahkan jawatannya seperti yang telah ditetapkan sebelum ini.

"Lainlah kalau mereka letakkan senjata di kepala saya,” katanya.