'Jangan terlalu bimbang, jerebu mungkin hanya lima hari'

Iklan
Keadaan berjerebu di Kuala Lumpur mencecah paras sederhana dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dicatat 84 pada jam 1.15 petang. FOTO ZAHID IZZANI

KUALA LUMPUR - Orang ramai diminta tidak terlalu bimbang dengan keadaan jerebu yang berlaku ketika ini kerana ia hanya berada di tahap sederhana.

Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Meteorologi Malaysia (MET), Jailan Simon berkata, namun orang ramai diminta sentiasa berwaspada dengan mengurangkan aktiviti luar selain tidak melakukan kebakaran secara terbuka.

Iklan
Iklan

"Jerebu ketika ini tidaklah teruk sangat, bilangan titik panas atau kebakaran yang berlaku tidaklah banyak sangat buat masa ini iaitu ada dalam 30-40 titik panas di Sumatera.

"Kita jangka perkara ini (jerebu) akan berlaku tidak sampai seminggu iaitu dalam empat hingga lima hari lagi, paling lama pun seminggu," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN:Malaysia berdepan jerebu bermula hari ini

Menurutnya, punca keadaan jerebu yang berlaku sekarang ini, adalah disebabkan kebakaran yang berlaku di Sumatera Tengah dan Utara.

Iklan

"Dan disebabkan angin yang beritup dari arah barat daya jadi apa-apa kebakaran yang berlaku di sana asapnya akan ke kawasan Pantai Barat Semenanjung, jadi sekarang ini yang kita nampak kesannya di Negeri Sembilan, Selangor, Putrajaya, Kuala Lumpur, Perak dan Pulau Pinang," katanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Indonesia ganda usaha cegah jerebu

Berdasarkan laman web Jabatan Alam Sekitar, indeks pencemaran udara (IPU) di Malaysia setakat jam 12 tengah hari kebanyakan kawasan masih berada pada kadar sederhana.