Trak baharu Hino 700 Series AMT 16 kelajuan

Iklan
PENGARAH Urusan HMSM, Atsushi Uchiyama (kiri) dan Pengarah Eksekutif Hino Motors Sales Malaysia, Datuk Johnny Chan ketika majlis pelancaran model terbaharu Hino 700 Series AMT di Subang Jaya baru-baru ini.

Keselesaan jadi keutamaan, bantu pemandu kurangkan keletihan

GERGASI peneraju kenderaan komersial tempatan, Hino Motors Sales (Malaysia) Sdn Bhd (HMSM) mengumumkan pelancaran model siri baharu trak Hino 700 Series.

Dilengkapi dengan transmisi Penghantaran Automatik-Manual (AMT) 16 kelajuan, model baharu tersebut direka khusus untuk industri logistik dan pengedaran.

Iklan
Iklan

Trak Hino 700 Series unit import sepenuhnya (CBU) dari Jepun berkenaan ditawarkan dalam konfigurasi 4x2, 6x2 dan 6x4 Prime Mover. Turut dibekalkan ciri bantuan kuasa, menjadikan penukaran gear yang lebih mudah ketika di kelajuan yang tinggi.

Tawaran itu pastinya membantu mengurangkan keletihan dalam kalangan pemandu berbanding melakukan penukaran gear dan memijak klac secara kerap. Pemanduan selesa dan lebih santai.

Iklan

Pun demikian, terdapat juga opsyen untuk memilih transmisi manual ketika keadaan yang memerlukan.

Enjin common-rail Euro3 yang lebih berkuasa dilengkapi dengan pengecas turbo intercooler.Walaupun ia dibangunkan sepenuhnya di Jepun, jentera itu boleh menggunakan bahan api diesel B10 tanpa sebarang modifikasi terhadap komponen mahupun servis berkala. Itu mengurangkan jejak karbon di dalam operasi.

Iklan

Dari segi keselamatan, Hino 700 Series juga hadir dengan penawaran sistem brek antikekunci (ABS), ruang kabin dioptimumkan, manakala penggunaan rasuk berkekuatan tinggi di bahagian pintu dan front under-run prevention (FUP).

Keselesaan pemandu juga tidak dipandang mudah. Tempat duduk bersuspensi udara dan didatangkan dengan bentuk tiga dimensi yang mampu menyokong postur duduk pemandu dan mengurangkan keletihan.

Hino 700 Series AMT baharu juga menjanjikan kitaran hayat penyelenggaraan yang lebih lama.

Hino Total Support Customer Center (HTSCC) sentiasa bersedia dalam usaha Hino memberi sokongan penuh kepada pelanggan terutama dalam aspek selepas jualan sekali gus memaksimumkan jangka hayat kenderaan dan mengurangkan kos berkaitan.