RM24,700 lesap ditipu kenalan palsu

Iklan
Noorzainy Mohd Noor

KEPALA BATAS - Seorang pengurus syarikat kerugian RM24,700 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan yang menyamar sebagai kenalan, semalam.

Mangsa yang berusia 40 tahun, sebelum ini dikatakan menerima panggilan daripada seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai rakan perniagaan yang dikenalinya.

Iklan
Iklan

Mangsa pada mulanya pelik memandangkan nombor telefon adalah berlainan daripada sebelumnya, namun diyakinkan dengan alasan nombor telefon lama telah dicuri.

Rakannya itu kemudian meminta bantuan untuk meminjam sejumlah wang kerana perniagaannya mengalami masalah.

Iklan

Ketua Polis Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, akibat percaya kepada kenalannya itu, mangsa telah membuat lima transaksi pindahan wang yang berjumlah RM24,700.

"Wang tersebut dipindahkan ke akaun bank milik rakan perniagaan sebagaimana diarahkan suspek.

Iklan

"Mangsa hanya sedar ditipu setelah menghubungi nombor telefon pejabat rakannya dan mahu kesemua wang tersebut dipulangkan seperti yang dijanjikan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini.

Menurutnya, selepas menyedari dirinya terperangkap dengan sindiket penipuan, mangsa tampil membuat laporan polis.

Noorzainy berkata, walaupun kes sedemikian pernah dilaporkan berlaku, namun masih ramai terpedaya dengan penipuan melalui panggilan telefon.

"Kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.