MB Selangor jumpa ADUN PKR malam ini

Iklan
Amirudin akan mengadakan pertemuan dengan ADUN PKR di kediaman rasminya di sini malam ini. - Foto Sinar Harian

SHAH ALAM - Pengerusi PKR Selangor, Amirudin Shari akan mengadakan pertemuan tertutup dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) di kediaman rasmi Menteri Besar di sini malam ini.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Borhan Aman Shah berkata, majlis itu hanya bertujuan untuk sembang santai bukannya untuk membincangkan apa-apa perkara atau isu.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, Sinar Harian difahamkan pertemuan itu berkemungkinan dihadiri Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin.

"Bukan nak bincang apa-apa pun hanya panggil mereka (ADUN PKR) ke kediaman rasmi Menteri Besar Selangor untuk makan-makan saja.

Iklan

"Sebelum ni kita dah janji nak buat majlis makan-makan lepas Sidang DUN... nak sewa (anjur) di hotel mahal, jadi saya tanya kat MB (Amirudin) boleh tak pinjam ruang dalam kawasan kediaman rasmi, beliau bagi dan akan turut serta malam ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Borhan berkata, rancangan pertemuan ‘majlis makan-makan’ itu sudah beberapa kali ditangguh sebelum ini.

Iklan

Katanya, pertemuan itu dianjurkan oleh beliau sendiri dan mendakwa tiada isu berbangkit mengenainya.

Ditanya sama ada ADUN parti komponen lain dalam Pakatan Harapan (PH) tidak kecil hati kerana tidak dipanggil sama, Borhan berkata, pertemuan itu bukan untuk membincangkan isu parti.

"Pertemuan ni bukan nak bincang isu parti...yang tu kita akan bincang bila ada mesyuarat PH minggu depan,” katanya.