Johan Setia, Rompin catat IPU tidak sihat

Iklan
Keadaan IPU di seluruh negara setakat jam 4 petang tadi.

SHAH ALAM - Kualiti udara di Johan Setia, Klang, Selangor dan Rompin, Pahang mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat iaitu pada bacaan IPU 110 dan IPU 103.

Menurut data yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) menerusi laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) setakat jam 4 petang tadi, sebanyak 62 stesen mencatatkan bacaan sederhana antara IPU 51 hingga IPU 100 dan empat stesen lagi mencatatkan bacaan baik.

Iklan
Iklan

Mulai semalam, IPU yang diterbitkan oleh JAS melalui laman sesawang APIMS akan mengambil kira kepekatan partikel halus (particle matter) yang bersaiz 2.5 mikron dan ke bawah (PM2.5).

Penggunaan PM2.5 dalam pengiraan IPU adalah sejajar dengan kebanyakan negara maju dan ini akan mempertingkatkan lagi usaha kerajaan Malaysia menjurus ke arah kelestarian alam sekitar.

Iklan

Indeks IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http:/apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

Iklan