Mengadu sukar bernafas, Awie dirawat di hospital

Iklan
Awie
VOKALIS kumpulan Wings yang juga merupakan pelakon terkenal, Datuk Awie kini sedang mendapat rawatan di Hospital Ampang Puteri setelah mengadu mengalami masalah sukar bernafas.

Menurut Awie sebagaimana yang dilaporkan Astro Awani, sebelum dimasukkan ke hospital, dia telah mengalami masalah tersebut selama tiga hari ketika di rumah.

"Saya pun tak tau saya sakit apa. Tapi susah nak bernafaslah. Sebelum ni sudah tiga hari saya duduk kat rumah, ini dah empat hari di hospital, kiranya seminggu la sakit ni," ujarnya.

Disebabkan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan itu, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman tidak dapat memenuhi undangan menjayakan persembahan bersama Dragon Malaya di Pesta Pulau Pinang pada Isnin lalu.

Syarikat pengurusan Awie, Awie Entertainment turut tampil memohon maaf di atas perkara tersebut.

"Setelah mendapat nasihat doktor, Datuk Awie perlu mendapatkan rawatan dan rehat yang secukupnya. Dengan rendah diri, kami memohon jutaan kemaafan atas semua kesulitan berkaitan perkara berita ini.

"Sama-sama kita mendoakan agar kesihatan Datuk Awie kembali pulih seperti sediakala,” katanya.