PELAKON Nadia Aqilah menerusi laman Instagramnya semalam berkongsi berita gembira kini sedang hamil dan bakal menimang cahaya mata pertama, hasil perkongsian hidupnya dengan seorang pemuzik bebas, Saiful Ridzuan.
Menurut Nadia, usia kandungannya kini sudah memasuki 20 minggu dan dijangka bersalin pada Disember depan.
Pelakon yang bakal menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-34 pada 16 Ogos ini juga
memohon agar orang ramai mendoakan yang terbaik buatnya dan kandungan.
"Alamak December ini ada bandmate baru lah. To pee or not to pee, that is the question.
"Alhamdulillah we made a tiny human! We are halfway there, through puking and hunger, feeling nervous and excited, but enjoying the miracle of having two hearts beating inside me.
Pray for us,” tulisnya pada foto yang memaparkan mikrofon dan peralatan muzik yang menggambarkan tentang minatnya dan suami.
Berita tersebut disambut dengan ucapan tahniah dan doa daripada para peminat dan pengikutnya di laman Instagram yang turut gembira dengan perkongsian tersebut.
Nadia bakal tampil dengan filem terbaru lakonannya, Master Picisan tidak lama lagi ini elah mendirikan rumah tangga dengan Suami yang juga merupakan anggota kumpulan Seven Collar T-Shirt pada 20 April 2018 di Batu Pahat, Johor.