Rumah Anak Yatim Seri Menanti terbakar

Iklan

SEREMBAN - Penjaga Rumah Anak Yatim Seri Menanti, di sini, berdepan detik cemas apabila dua buah bilik rumah berkenaan terbakar dalam kejadian jam 12.27 tengah hari tadi.

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Menanti, Mohd Nazir Yusof berkata, kejadian itu menyebabkan sebuah bilik musnah 80 peratus manakala sebuah lagi musnah 55 peratus.

Iklan
Iklan

Beliau berkata 12 anggota bomba termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Menanti dan Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah bersama dua jentera bergegas ke lokasi kejadian sejurus selepas menerima panggilan kecemasan.

"Bilik yang terbakar merupakan rumah yang didiami penjaga Rumah Anak Yatim Seri Menanti berkenan, dan ketika kejadian penjaga rumah ini berada di rumah dan hanya menyedari kejadian itu ketika api sudah marak.

Iklan

"Bilik yang terbakar melibatkan sebuah bilik tidur dan sebuah bilik menyimpan pakaian serta tilam anak-anak yatim ini,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata api berjaya dikawal tiga minit kemudian dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan selain punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan. - Bernama

Iklan