Comel sungguh Yi Yi!

Iklan
Panda kedua dilahirkan di negara ini diberikan nama Yi Yi yang bermaksud 'persahabatan'. - Foto The Star

KUALA LUMPUR - Panda kedua yang dilahirkan di Malaysia telah diberi nama ‘Yi Yi’ yang bermaksud ‘persahabatan’.

Dilahirkan pada 14 Januari 2018, anak panda betina itu adalah anak kepada pasangan panda Liang Liang dan Xing Xing, dua ekor panda gergasi yang dipinjamkan kepada Malaysia selama 10 tahun oleh China.

Iklan
Iklan

Upacara pemberian nama itu berlangsung di Pusat Konservasi Panda Cergasi di Zoo Negara di sini hari ini.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr A. Xavier Jayakumar berkata, nama itu telah dipilih dengan teliti hasil rundingan dengan Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar China.

Iklan

"Nama Yi Yi dipilih sebagai mengiktiraf persahabatan antara Malaysia dan China yang telah berkembang sejak empat dekad yang lalu,” katanya kepada pemberita.

Menteri itu berkata selain susu, pemakanan sihat untuk anak panda itu termasuk daun buluh. Yi Yi kini seberat 50 kilogram.

Iklan

Apabila ditanya sama ada Yi Yi akan dipulangkan ke China kerana Malaysia hanya boleh memelihara anak panda itu untuk tempoh dua tahun sahaja, menteri itu berkata:"Kami belum membuat keputusan lagi, kami mungkin akan berbincang dengan China untuk melihat sama ada kita boleh memeliharanya untuk tempoh maksimum empat tahun.”

Anak panda pertama yang dilahirkan di Malaysia, yang juga saudara lebih tua kepada Yi Yi, Nuan Nuan, dilahirkan pada 23 Ogos, 2016, di pusat konservasi itu dan telah dikembalikan ke China pada November 2017.

Kedua-dua ibu bapa mereka, Xing Xing dan Liang Liang, tiba di sini pada 2014 sebagai tanda memperingati ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China.

Sementara itu, Duta China ke Malaysia, Bai Tian berkata, kelahiran dua ekor anak panda di sini menunjukkan Malaysia adalah tempat yang selesa buat panda gergasi dari China.

Duta itu juga gembira anak panda itu diberi nama Yi Yi kerana ia melambangkan hubungan akrab antara China dan Malaysia yang lama terjalin. - Bernama