Tiga anak didera ibu kandung

Iklan
NOORZAINY

KEPALA BATAS - Polis menahan seorang wanita dan temannya yang berperwatakan lelaki kerana dipercayai mendera tiga anak sejak empat bulan lalu dalam kejadian di Tasek Gelugor di sini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, wanita berusia 32 tahun itu ditahan di Kepala Batas manakala rakannya berumur 33 tahun ditahan di Butterworth kira-kira jam 3.40 petang semalam selepas pihak polis menerima laporan daripada anak perempuannya.

Iklan
Iklan

Menurutnya, wanita berkenaan juga menghalau suaminya keluar dari rumah dan membawa pulang kekasihnya tinggal bersamanya sejak beberapa bulan lalu.

"Anak sulung membuat laporan mendakwa dipukul ibu kandung menggunakan tali pinggang ketika berada di rumah mereka.

Iklan

"Ketiga-tiga mangsa berusia empat hingga 12 tahun kemudian dibawa ke Hospital Kepala Batas untuk pemeriksaan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Noorzainy berkata, hasil siasatan mendapati mangsa melakukan penderaan berkenaan selepas dikatakan tertekan dan bergaduh dengan kekasihnya itu.

Iklan

Katanya, kejadian dera dan pukul itu dikesan guru sekolah dua kanak-kanak tersebut selepas mereka kerap tidak hadir ke sekolah dan pemeriksaan mendapati dua beradik masing-masing tahun enam dan dua itu kerap dipukul ibu sebelum pihak sekolah memaklumkan kepada ayah mereka.

"Pemeriksaan doktor mendapati terdapat kesan lebam pada badan tiga mangsa namun mereka tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius.

"Polis turut merampas tali pinggang digunakan ibu mereka untuk memukul tiga kanak-kanak itu dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

Noorzainy berkata, kes disiasat mengikut Seksyen Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan kedua-dua suspek direman semalam di Mahkamah Butterworth untuk siasatan lanjut.