Sekeluarga nyaris tinggal sehelai sepinggang

Iklan
Kereta jenis Proton Wira yang berada dalam keadaan parkir di garaj berkenaan yang turut terbakar.

KOTA TINGGI - Sebuah keluarga di Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) Sungai Layau di sini nyaris tinggal sehelai sepinggang selepas kawasan garaj kereta mereka terbakar kira-kira jam 3.56 pagi tadi dipercayai akibat perbuatan khianat.

Bagaimanapun api tidak sempat merebak ke kawasan ruang rumah lain selepas ia sempat dipadamkan.

Iklan
Iklan

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Bandar Penawar, Pegawai Bomba Kanan II Faizal Ahmad berkata, seramai sembilan anggota bersama dua jentera bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan.

"Kejadian disedari tuan rumah yang pada awalnya terdengar bunyi terjatuh sebelum mendapati kebakaran telah berlaku.

Iklan
Anggota BBP Bandar Penawar ketika melakukan operasi pemadaman susulan kebakaran garaj dan kereta berlaku di Felcra Sungai Layau.

"Kebakaran turut memusnahkan sebuah kereta jenis Proton Wira yang berada dalam keadaan parkir di garaj berkenaan.

"Ketika bomba sampai, api di kawasan garaj telah berjaya dipadamkan tuan rumah dan hanya tinggal api di kawasan kereta," katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Tambahnya, pemilik rumah mendakwa kemungkinan kebakaran itu berpunca dari perbuatan khianat.

Namun katanya, pihak bomba masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran dan anggaran kerugian.

Jelasnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan bomba berjaya menamatkan operasi pada jam 5.02 pagi.