PERNAHKAH anda mengalami sakit perut senggugut atau period pain, tetapi tidak ada darah haid yang keluar? Pelik dengan situasi yang berlaku kerana jika diikutkan tarikh dalam kalendar sudah tiba masanya anda datang haid.
Jika darah haid belum keluar dan anda masih merasa senggugut, ia menunjukkan tanda:
Ada kemungkinan besar anda hamil. Semasa peringkat awal kehamilan, implantasi berlaku di mana janin mula melekat pada dinding rahim. Pada masa itu anda mungkin mengalami sedikit rasa seperti senggugut. Ujian kehamilan yang dibuat satu minggu selepas itu selalunya akan menunjukkan tanda positif.
2. Ovulasi lewat
3. Putus haid
Selalu terjadi pada lewat usia 40 tahun. Ia bermula dengan kitaran haid yang tidak teratur beberapa bulan sebelumnya. Anda mungkin masih mempunyai rasa senak walaupun haid anda tidak datang.4. Kehamilan ektopik
Kehadiran sista ovari boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon dan menghalang haid anda dari terjadi. Ia juga boleh menyebabkan perut senak.
Masalah gangguan makan seperti anoreksia atau bulimia boleh menyebabkan haid anda terhenti sama sekali dan ia sering disertai dengan masalah sakit pada perut.
Tip untuk melegakan ketidakselesaan:
- Urut perut anda ubat angin - Melakukan senaman, termasuk senaman regangan.
- Mengambil ubat seperti naproxen atau ibuprofen.
- Mandi air panas atau meletakkan pad suam pada perut
Sumber: Klinikdrjuhidah.com