Lebih 52 khazanah dipamerakan pada Pameran Artifak Rasulullah SAW dan Para Sahabat RA

Iklan
JANGGUT Rasulullah SAW antara artifak yang dipamerkan pada Pameran Artifak Rasulullah SAW dan Para Sahabat RA.

BAGI sesiapa yang ingin mengenali Rasulullah SAW dengan lebih 'dekat', Pameran Artifak Rasulullah SAW dan Para Sahabat RA menjadi acara yang sesuai untuk dikunjungi.

Bertempat di Dewan Tun Razak 4, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, lebih 52 artifak dipamerkan termasuk 10 daripadanya ialah khazanah peninggalan baginda SAW.

Iklan
Iklan

Pameran yang dianjurkan oleh Manhajj Brothers Sdn Bhd itu sebenarnya sudah bermula sejak 22 Julai lalu dan akan berakhir 4 Ogos ini iaitu hari Ahad.

Mari kita lihat apa antara yang menarik pada pameran itu.

Iklan

1. Rambut dan janggut Rasulullah SAW

JANGGUT Rasulullah SAW antara artifak yang dipamerkan pada Pameran Artifak Rasulullah SAW dan Para Sahabat RA.

Iklan

Para sahabat akan mengumpul janggut dan rambut Rasulullah SAW yang telah dipotong lalu diberikan kepada Abu Talhaal. Janggut itu dibahagikan kepada sahabat yang sudah sedia menunggu semasa haji perpisahan.

2. Cop mohor baginda Rasulullah SAW

Ia berukuran 9 sentimeter (cm) x 3cm panjang dan diperbuat daripada perak serta tembaga. Tertera perkataan 'Muhammad, Rasul ALLAH' terukir di atasnya dalam bentuk kufi. Cop itu adalah daripada perak yang dipakai seperti cincin.

3. Capal baginda SAW

Diriwayatkan dalam hadis Rasulullah SAW bahawa Qatadah bertanya kepada Anas bin Malik tentang bentuk capal baginda. Anas mengatakan, capal Rasulullah SAW menggunakan dua buah qibal (pelana capal) iaitu batas depan capal berupa tali yang diletakkan antara dua jari kaki.

4. Tongkat baginda SAW

Tongkat yang amat disukai Rasulullah SAW ialah tongkat bernama Al Saaja iaitu tongkat peninggalan daripada Nabi Ibrahim AS dan tongkat daripada kayu Al Ayusiah serta tongkat daripada kayu luz putih.

5. Tapak kaki Rasulullah SAW

Dalam kitab Mawahib Alladunia (Rahmat Ilahi), Imam Kastalani menyatakan bahawa:"Apabila Nabi Muhammad SAW di atas batu, kakinya akan tenggelam di dalam dan meninggalkan cetakan kesan."

6. Bekas air zamzam Rasulullah SAW

Berasal dari China, bekas air zamzam itu diperbuat daripada tanah liat antibasi dan antiracun semasa zaman Dinasti Song. Menariknya, bekas itu memang dibuat khas untuk mencegah keracunan. Ia merupakan salah satu daripada lima bekas air zamzam baginda SAW.

7. Kunci makam Ashabul Kahfi

Kisah Ashabul Kahfi begitu masyhur dan ada dicatatkan di dalam al-Quran menerusi Surah al-Kahfi, ayat 9-26. Ia kisah benar tentang tujuh orang pemuda yang tertidur di dalam gua. Diceritakan kisah beberapa pemuda beriman yang telah melarikan diri ke sebuah gua dan bagaimana ALLAH menidurkan mereka selama 309 tahun.

8. Pedang Amr Al 'Aas RA

Beliau merupakan salah seorang sahabat baginda SAW yang dilantik sebagai panglima perang Islam sebanyak 12 kali. Amr Al 'Aas merupakan panglima dalam angkatan barisan hadapan dan menjadi gabenor yang akhirnya pendakwah di sana.

(ARTIKEL BERKAITAN: Selami keperibadian, perjuangan baginda)