DAP takut UMNO, Pas bersatu

Iklan
Bastien Onn

KLUANG - Kenyataan Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak akan menjadi kerajaan sepenggal mungkin tidak akan kesampaian.

Exco Pemuda UMNO Malaysia, Bastien Onn berkata, di dalam kenyataan tersebut, Chin Tong yang juga Pengerusi DAP Johor turut menyentuh kedudukan Pas sebelum dan selepas PRU14 dan ini menunjukkan PH terutamanya DAP takut terhadap Penyatuan Ummah ini.

Iklan
Iklan

"Pas dibiarkan keseorangan di dalam PRU yang lalu, bukan oleh UMNO tetapi kerana lahirnya PH yang mengetepikan PAS dan DAP jugalah yang telah meleraikan Pakatan Rakyat dan mengecewakan Pas.

"Saya sendiri masih ingat episod betapa sukarnya bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim ketika itu mempertahankan kerjasama mereka di peringkat negeri apabila terkuburnya Pakatan Rakyat ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Menurutnya, apa yang menariknya, kesan daripada pola pengundian yang berlaku pada pasca PRU14, timbul pula kesedaran yang tinggi terhadap kesatuan bangsa Melayu sehingga menggusarkan parti-parti komponen PH itu sendiri.

Katanya, ini menunjukkan dengan jelas ulangan kepada reaksi masyarakat Melayu pasca PRU3 pada tahun 1969, namun bezanya kali ini penyatuan ummah ini disambut dengan kematangan berbanding pada tahun tersebut.

Iklan

"Orang Melayu tersedar jika masyarakat Cina boleh bersatu hati bertekad mengundi DAP tanpa mengambil kira pun pencapaian, keramahan, kejujuran serta kerja kuat sesetengah calon, maka sudah tiba masanya bangsa Melayu pula bersatu.

"Di atas kesedaran inilah, maka pemimpin-pemimpin Melayu dan ahlinya menghidangkan kerjasama UMNO-Pas di atas nama penyatuan ummah dan berbalik kepada soal pengundi 'middle ground group' yang diperkatakan oleh Chin Tong, UMNO sedang melalui proses pemulihan serta penjenamaan semula,” katanya.