Empat penunjuk perasaan maut di Sudan

Iklan
Penunjuk perasaan membanjiri jalan raya di Khartoum bagi menuntut pemerintah tentera menyerahkan kuasa kepada orang awam.

KHARTOUM - Sekurang-kurangnya empat penunjuk perasaan terbunuh dalam keganasan terbaharu di Sudan semalam.

Pasukan doktor berpihak kepada pembangkang turut mendakwa, puluhan yang lain cedera semasa berhimpun di bandar Omdurman.

Iklan
Iklan

Puluhan ribu orang berhimpun di jalan raya bandar itu bagi menuntut pemerintah tentera menyerahkan kuasa kepada orang awam.

Pemerintah tentera menggulingkan bekas presiden Sudan, Omar al-Bashir pada 11 April lalu selepas tunjuk perasaan berbulan-bulan terhadap pemerintahannya.

Iklan
Iklan

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, mereka menerima laporan bahawa lebih 100 penunjuk perasaan maut manakala ratusan lain cedera ketika bantahan berlangsung pada 3 Jun lalu. - Agensi