Perhimpunan secara aman itu akan turut disusuli dengan ceramah oleh Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah, Timbalan Pengerusi Gagasan Tiga (G3), Amran Ahmad Nor serta beberapa pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) lain.
Pada 24 Julai lalu, prosiding inkues mencari punca kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim, ditutup selepas tiada lagi saksi akan dipanggil untuk memberi keterangan.
ARTIKEL BERKAITAN: Inkues Adib: Tutup prosiding bukanlah terkubur tanpa keputusan
Koroner Rofiah Mohamad berkata, mahkamah berpuas hati dengan keterangan saksi sedia ada namun tarikh keputusan inkues masih belum ditetapkan.
Difahamkan, keluarga Muhammad Adib bercadang memasukkan hujahan bertulis selewat-lewatnya pada 21 Ogos ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Perbicaraan inkuiri kes Muhammad Adib ditutup
Prosiding inkues punca kematian Muhammad Adib berjalan selama 41 hari bermula 11 Februari lalu.
Sepanjang prosiding, seramai 30 saksi dipanggil serta 137 eksibit dikemukakan.
Kes Muhammad Adib mendapat liputan meluas selepas parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu.
Dalam pada itu, selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember lepas di Institut Jantung Negara.