Gadis lembam dirogol warga asing

Iklan
Razmi

KUALA TERENGGANU - Seorang gadis lembam mendakwa beberapa kali dirogol seorang pekerja buruh binaan warga asing sehingga mengandung.

Kejadian menimpa mangsa yang berusia 26 tahun itu hanya disedari bapanya, 58, selepas melihat perubahan bentuk badan anak sulungnya itu yang agak gempal sejak kebelakangan ini.

Iklan
Iklan

Menurut sumber, curiga dengan keadaan itu dan yakin ada sesuatu yang tidak kena, bapa mangsa cuba bertanyakan secara baik dan memujuk mangsa agar menceritakan apa yang berlaku.

Jelas sumber, memandangkan anaknya sangat pendiam dan sukar untuk berkomunikasi, bapa mangsa terpaksa mengambil masa hampir seminggu untuk memujuknya agar menjelaskan perkara yang berlaku.

Iklan

"Selasa lalu, baru mangsa menjelaskan secara terperinci yang dia dirogol seorang lelaki warga asing yang bekerja sebagai buruh binaan di tapak projek berhampiran rumah mereka di Kuala Ibai, di sini.

"Mangsa mendakwa suspek selalu masuk ke dalam biliknya melalui pintu belakang rumah secara sembunyi setiap kali ahli keluarga lain sudah tidur.

Iklan

"Jelas gadis yang juga pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) itu, sebelum merogolnya, lelaki itu akan menunjukkan video seks dan mereka akan menonton bersama-sama," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Sumber berkata, terkejut dengan penjelasan tersebut, bapa mangsa membuat laporan di Balai Polis Chabang Tiga untuk tindakan lanjut.

"Bagaimanapun semasa laporan dibuat, mangsa masih tidak dibawa mendapatkan pemeriksaan di hospital untuk mengetahui usia kandungannya," katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Razmi Mohd Gunnos ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian.

Katanya, kes berkenaan sedang disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.