Anak yatim Perak tidak dipinggirkan FB

Iklan
Wong May Ing
IPOH - Kerajaan negeri mengagihkan 1,500 set persekolahan kepada 39 rumah anak yatim seluruh negeri sempena program kembali ke sekolah.

Menurut Exconya, Wong May Ing berkata, pengagihan itu dilakukan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bermula hari ini.

"Kerajaan negeri telah mengagihkan barangan berupa beg dan pakaian sekolah kepada murid-murid miskin baru-baru ini tetapi anak yatim tidak dapat memanfaatkan dari program itu.

"Saya akan melawat ke rumah anak yatim di Kinta, Gopeng, Teluk Intan, Manjung, Gerik, Kuala Kangsar dan Taiping bersama JKM, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Jabatan Pembangunan Wanita sepanjang program ini," katanya.

Katanya, program itu merupakan inisiatif turun padang selain menjadi rujukan dalam melaksanakan polisi pada masa akan datang.