ANKARA - Arab Saudi akan membenarkan wanita berumur 21 tahun untuk memohon pasport dan melancong ke luar negara tanpa perlu mendapatkan kebenaran penjaga lelaki, lapor agensi berita Anadolu.
Memetik sebuah akhbar tempatan yang tidak menyatakan sumber maklumat itu diperoleh, mengatakan Arab Saudi dijangka akan membuat pindaan kepada peraturan perjalanan, undang-undang buruh dan undang-undang status awam.