Himpunan aman diteruskan hingga Tommy letak jawatan: G3

Iklan
Tommy - Foto ZAHID IZZANI

KUALA LUMPUR - Gagasan Tiga (G3) akan mengadakan perhimpunan aman setiap Jumaat bagi mendesak Peguam Negara, Tommy Thomas untuk meletakkan jawatan.

Pengerusinya, Datuk Azwanddin Hamzah berkata, perhimpunan secara berterusan itu akan diadakan di masjid-masjid sekitar Lembah Klang dan Kuala Lumpur selagi Tommy tidak tunduk terhadap desakan itu.

Iklan
Iklan

"Selagi dia (Tommy) tidak melepaskan jawatan perhimpunan akan terus dijalankan.

ARTIKEL BERKAITAN: G3 bentuk jawatankuasa bawa kes Adib ke pengadilan antarabangsa

Iklan

"Kita juga akan gerakkan lebih ramai badan bukan kerajaan (NGO) untuk bersama-sama dalam perhimpunan aman ini," katanya pada sidang media sebaik selesai himpunan aman Keadilan Untuk Adib dan Tommy Thomas Sila Letak Jawatan di Masjid Kampung Baru di sini hari ini.

Dakwa Azwanddin lagi, tindakan Tommy yang seakan 'menutup' mata dengan beberapa kes besar seperti kematian bekas anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, kes rogol amah yang didakwa melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Perak dan kes video intim yang dikaitkan dengan seorang menteri kanan, jelas memperlihatkan tiada tindakan sewajarnya.

Iklan

"Perhimpunan hari ini adalah untuk memberi tekanan kepada Tommy untuk segera melepaskan jawatan beliau.

"Kita (NGO) akan terus bangkit dan membuat perhimpunan setiap Jumaat bagi membuktikan keseriusan kita terhadap kes-kes sebegini," katanya.