Elak tumpah air panas di kaki, pergelangan tangan Maya melecur

Iklan
Maya Karin

PELAKON, penyanyi dan aktivis alam sekitar, Maya Karin telah berkongsi gambar pergelangan tangannya yang mengalami kecederaan akibat melecur.

Jelas selebriti berusia 40 tahun ini, hanya kerana mahu mengelakkan air mendidih tumpah di kaki, dia rela terus memegang sesuatu yang berisi air panas hingga ke sinki.

Iklan
Iklan

Namun akhirnya, ia mengundang kecederaan di pergelangan tangannya.

"Kecederaan (melecur) terburuk saya setakat ini. Mungkin agak menggerikan, maaf. Saya fikir ia lebih baik sekarang.

Iklan

"Tak nak tumpah air mendidih kat kaki punya pasal saya sanggup bawa sampai ke sinki baru lepas walaupun dah pedih," jelasnya menerusi kapsyen di Instagram miliknya.

Tambah Maya sekiranya luka itu dijahit, dia akan mempunyai empat parut jahitan termasuk dia kedua-dua lutut dan dua di kulit kepalanya.

Iklan

"Jatuh sini, jatuh sana. Semua itu adalah sebahagian daripada air mata dan kehidupan," ujarnya.

Rata-rata pengikut Instagram mengharapkan Maya akan pulih dan turut mencadangkan ubat-ubatan yang didakwa boleh memulih kecederaan dengan lebih berkesan.