Tulisan khat dalam Bahasa Melayu Tahun Empat kekal: KPM

Iklan
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) akan melaksanakan pengenalan tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Empat pada tahun hadapan seperti yang dijadualkan.

KPM dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan pihaknya mengambil maklum pelbagai respons terhadap isu itu namun perancangan pengenalannya telah dilaksanakan melalui semakan semula kurikulum sejak 2014.

Iklan
Iklan

Usaha itu juga telah melalui pelbagai sesi libat urus dengan pakar-pakar bahasa dan pendidikan serta kajian rintis di sekolah-sekolah terpilih.

"Sehubungan itu, KPM akan meneruskan pelaksanaan pengenalan tulisan khat ini seperti dijadualkan, dengan mengambil kira pendekatan penyampaian yang lebih mudah difahami dan tidak membebankan murid dan guru. Bagi aspek seni bahasa, tiada pentaksiran akan dijalankan,” menurut kenyataan itu.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Tulisan jawi: KPM jangan tunduk desakan

Tulisan khat: Kementerian Pendidikan akan keluar kenyataan

Iklan

KPM turut menjelaskan selain terdapat pada jata negara, jata negeri-negeri dan wang kertas Ringgit Malaysia, tulisan khat adalah warisan Bahasa Melayu yang penting untuk dipelajari, sejajar dengan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan.

KPM komited untuk bersama-sama membina Malaysia yang memiliki persefahaman dan pengetahuan kukuh terhadap warisan kebangsaan, katanya.

Walaupun pengenalan tulisan khat ini diteruskan KPM akan terus menerima pandangan pelbagai pihak untuk memastikan pertimbangan sewajarnya diambil kira.

Media sebelum ini melaporkan beberapa pemimpin dan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP menggesa anggota kabinet daripada parti itu membantah rancangan memperkenalkan tulisan khat dalam kurikulum Tahun Empat Bahasa Melayu untuk sekolah vernakular tahun hadapan. - Bernama