Beberapa letupan kecil di Bangkok, empat cedera

Iklan
Polis Thailand memeriksa lokasi letupan bom.

BANGKOK - Polis Thailand mengesan sembilan bom, termasuk yang sudahpun meletup, di lima lokasi, dalam insiden letupan-letupan kecil di kota Bangkok hari ini, yang menyaksikan sekurang-kurangnya empat orang tercedera.

Perdana Menteri Thailand Jen Prayuth Chan o-cha yang mengutuk dalang di sebalik letupan itu mengarahkan supaya siasatan segera dijalankan, di samping meminta orang ramai supaya tidak panik.

Iklan
Iklan

"Polis masih belum mengenal pasti motif insiden. Kita masih tidak dapat mengesahkan sekiranya semua insiden itu mempuinyai kaitan.. ia mungkin dilakukan oleh seorang atau satu kumpulan, pihak berkuasa masih menyiasat,” katanya dalam persidangan media di sini hari ini.

Menurut polis Thailand, kejadian berlaku ketika Bangkok menjadi tuan rumah sidang kemuncak keselamatan serantau Asean yang turut dihadiri Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo.

"Dua wanita cedera dalam satu letupan di pinggir bandar,” kata jurucakap Pusat Kecemasan Perubatan Erawan.

Iklan

Sementara itu, kerajaan Thailand mengesahkan kejadian dan menggesa orang ramai supaya tidak panik.

Prayut Chan-O-Cha mengarahkan tahap keselamatan ditingkatkan dan siasatan segera dijalankan.

Iklan

Setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab ke atas insiden letupan tersebut. - AFP