Nelayan Myanmar jual dadah dicekup

Iklan
Nor Azmi (tengah) bersama pegawainya menunjukkan barangan dirampas pada sidang media di IPD Sabak Bernam di sini.

SABAK BERNAM - Polis melumpuhkan kegiatan pengedaran dadah apabila berjaya mencekup seorang nelayan warga Myanmar di hadapan sebuah rumah di Bagan Sekinchan di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa berkata,c

Iklan
Iklan

Menurutnya, suspek berusia 29 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam pada jam 11.30 malam.

"Dalam serbuan itu, suspek cuba meloloskan diri namun gagal berikutan kawasan sekitar dikepung.

Iklan

"Melalui risikan dan maklumat awam, polis menjumpai satu paket plastik lut sinar mengandungi dadah disyaki jenis heroin," katanya pada sidang media di Bilik Mesyuarat IPD Sabak Bernam di sini hari ini.

Nor Azmi berkata, polis menemui kesemua heroin seberat 27.05 gram bernilai RM800 itu dalam seluar dipakai suspek.

Iklan

"Hasil semakan polis mendapati, suspek tidak mempunyai dokumen perjalanan sah dan dibawa ke IPD Sabak Bernam untuk tindakan lanjut," katanya.

Menurutnya, suspek direman selama 14 hari bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952," katanya.