Lif terhempas: 'Ibarat aksi filem, hanya mampu istighfar'

Iklan
Khalid (kanan) melawat Noorhasniza (kiri) dan suami yang dibenarkan pulang selepas tidak mengalami kecederaan serius dalam kejadian lif terhempas di PPR Kerinchi Pantai Dalam, semalam.

KUALA LUMPUR -"Ibarat aksi filem, saya hanya mampu pejam mata dan istighfar," kata Noorhasniza Jamaluddin, 34, mangsa lif terhempas di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi Pantai Dalam semalam.

Ketika kejadian, Noorhasniza bersama suaminya, Johari Jamaludin, 40, turun ke bawah untuk mengambil barang tertinggal dalam kereta.

Iklan
Iklan

Dia yang bekerja sebagai jurujual berkata, ketika mahu naik semula ke atas, secara tiba-tiba lif menjunam sebaik seorang pemuda keluar dari lif di tingkat lima.

"Baru saja lelaki itu keluar, terus saja lif itu menjunam ke bawah dalam keadaan pintunya terbuka.

Iklan

"Saya sempat paut tangan suami sambil menundukkan sedikit badan. Sedar-sedar sudah sampai ke aras bawah dalam keadaan kami seramai lapan orang saling berhimpit," katanya yang ditemui di rumahnya di tingkat lapan PPR Kerinchi di sini.

Noorhasniza Jamaluddin

Dia menerima lawatan daripada Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad yang meninjau keadaan mangsa dan lokasi kejadian.

Iklan

Noorhasniza dan suami yang dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dibenarkan pulang malam tadi selepas hanya alami tisu koyak dan mendapat cuti sakit selama dua hari.

Noorhasniza berkata, dia bersama mangsa lain terperangkap kira-kira 15 minit sebelum dibantu orang awam keluar dari lif itu.

"Kami cuba buka pintu lif tapi tak berjaya sehingga penyelenggara lif datang buka kunci.

"Saya jadi trauma dengan kejadian ini dan harap lif uzur ini digantikan dengan yang baru sebab kerap sangat rosak. Ini bukan kejadian pertama," katanya.

Seramai lapan individu cedera apabila lif dinaiki mereka mengalami kerosakan dan jatuh dari tingkat lima di PPR Kerinchi, Pantai Dalam di sini semalam.

Kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu menyebabkan empat mangsa termasuk seorang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun patah kaki, manakala empat lagi mangsa cedera di pergelangan kaki.

ARTIKEL BERKAITAN:

Lapan cedera lif jatuh dari tingkat lima PPR Kerinchi

Lif terhempas: Audit penyelenggaraan menyeluruh di semua PPR